
BRISTANA : Sabtu 28 Nov. 2009, Program Ibadah Korban @ Bristana 2009 telah berlangsung dengan cukup meriah dengan kehadiran hampir seluruh warga Bristana & Kristana pada majlis tersebut. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan warga Bristana dan penyembelihan dilakukan oleh Tn. Haji Rohani. Kerjasama dari seluruh petugas yang hadir amat membanggakan kerana semua kerja-kerja melapah dan pembahgian daging dilakukan dengan cepat dan teratur sekali. Lebih kurang jam 11.00 pagi, semua kerja-kerja tersebut selesai termasuk kerja-kerja pembersihan. Pada majlis ini juga, warga petugas dihidangkan dengan 'Sup Istemewa' besama daging goreng. Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas dan penduduk yang hadir dalam menjayakan program tersebut.
lagi gambar2, layari,,,
No comments:
Post a Comment