Thursday, December 31, 2009

Santai Hujung Tahun '09


Selamat tinggal 2009,,,,,

Selamat datang 2010,,,,,

Alhamdulillah,,,pejam celik,,,pejam celik,,,sampi juga umur kita ke tahun 2010. Doakan semoga dipanjangkan oleh ALLAH TAALA lagi untuk kita ketahun-tahun akan datang,,InsyaAllah!

Tanggal 26 Dec. 2009. kami ramai2 kumpul untuk sama2 'bergebang' sempena hujung tahun. Walaupun tidak ada tajuk utama dalam perjumpaan ini,,namum jalinan silaturrahim itu lebih berharga dalam sesuatu perjumpaan.

Seharian masing2 mencari nafkah hidup, waktu malam digunakan sebaiknya disamping bertanya khabar. Sambil bersantai dan menikmati sedikit makanan dan minuman, banyak cerita dikongsi bersama.

Monday, December 28, 2009

Masjid Zahir


Masjid Zahir Alor Setar, Kedah Darulaman merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan rakyat negeri Kedah Darulaman. Tanggal 13 Dec. 2009, kami sekeluarga berkesempatan singgah disini untuk mendirikan solat fardu zohor. Lepas solat, smbil menikmati panorama indah bandaraya Alor Setar, sempat saya merakamkan gambar masjid ini. Terpegun juga dengan senibina orang dulu-dulu.......walaupun masjid ini sudah lama, tapi rekabentuknya masih kukuh seperti baru.
Walaupun bandaraya Alor Setar sekarang telah membangun dengan terbinanya bangunan pencakar langit termasuk Menara Alor Setar, tapi Masjid Zahir tetap mnjadi tumpuan. Perasaan tenang dirasai apabila berkunjung kesini pasti dirasai. Allahhuakhbar!!!!!

Monday, December 7, 2009

KORBAN @ BRISTANA 2009
BRISTANA : Sabtu 28 Nov. 2009, Program Ibadah Korban @ Bristana 2009 telah berlangsung dengan cukup meriah dengan kehadiran hampir seluruh warga Bristana & Kristana pada majlis tersebut. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan hasil sumbangan warga Bristana dan penyembelihan dilakukan oleh Tn. Haji Rohani. Kerjasama dari seluruh petugas yang hadir amat membanggakan kerana semua kerja-kerja melapah dan pembahgian daging dilakukan dengan cepat dan teratur sekali. Lebih kurang jam 11.00 pagi, semua kerja-kerja tersebut selesai termasuk kerja-kerja pembersihan. Pada majlis ini juga, warga petugas dihidangkan dengan 'Sup Istemewa' besama daging goreng. Tahniah dan terima kasih kepada semua petugas dan penduduk yang hadir dalam menjayakan program tersebut.
lagi gambar2, layari,,,