Tuesday, August 11, 2009

HARI KELUARGA DAN SUKANEKA BRISTANA & KRISTANA 2009









Program Hari Keluarga & Sukaneka 2009 Pringkat Bristana & Kristana berlangsung dalam suasana yg sungguh meriah sekali. Walaupn hujan gerimis pd awal pg, ianya tidak melemahkan semangat warga Bristana untuk trus turun brsama2 dalam menjayakan senam tari sbg pemanas badan.Perasmian dilalukan oleh wakil kepada Yang Berhormat Dato' Amiruddin Bin Setro iaitu En. Zulkifli Bin Roslan. Majlis perasmian diadakan serentak dengan pelancaran Retro Motor Club (RMC) Bristana yang diketuai oleh presidennya iaitu En. Muhd. Salim Mukhtari.Sebanyak 19 acara sukaneka keseluruhannya yang dipertandingkan merangkumi acara kanak2, dewasa dan keluarga. Program menjadi lebih meriah dengan kehadiran artis undangan iaitu Mel (Vokalis kumpulan Wing). Pemeran motorsikal klasik jenama Honda juga turut diadakan dengan kehadiran lebih dari 30 buah motosikal yang dijemput khas dr Kelab Honda Klang & Sabak Bernam.Acara tarik tali wanita merupan acara yg paling mendapat tepukan gemuruh dr seluruh warga taman. Acara kemuncak program adalah cabutan nombor bertuah dan meneka jumlah cili. En. Azman (sp3/3) menjuarai acara meneka jumlah cili dan Pn. Nazura merupakan peserta bertuah denagn masing2 membawa pulang sebuah basikal dan sebuah TV warna 21". Tahniah kepada AJK Biro Sukan & Rekreasi Persatuan Penduduk Bristana.

Santai d' Wood Resort
















Riadah bersama keluarga amat penting dalam menjalin keakraban sesebuah keluarga. Bermula dari situlah, maka lahirlah idea dikalangan warga Bristana untuk mengadakan satu program santai bersame keluarga.



Pada 9 ogos '09, seramai 12 keluarga telah turut serta dalam program tersebut. Destinasi yang dipilih ialah di Wood resort, Ulu Yam, Selangor. Keceriaan jelas terpancar diwajah keseluruhan peserta, lebih2 lagi dilakangan kanak2.



Persiapan dimulakan dengan penyediaan makanan dengan membakar ayam.



Alhamdulillah, semua peserta sporting dan memberi kerjasama sepenuhnya dari mula hingga akhir program.