LATIHAN BERMULA!!!!
Persatuan Penduduk Bristana (PPB) dengan kerjasama Biro Sukan & Rekreasi akan mengadakan satu kejohanan bola tampar (tertutup) peringkat Bristana dan Kristana. Kejohanan ini akan diadakan pada 21 Jun 2009 (Ahad). Tujuan kejohanan ini adalah bertujuan untuk menambahkan lagi ikatan silaturrahim dan semangat kerjasama dikalangan penduduk dan jiran tetangga.
Kejohanan ini diilhamkan oleh ahli jawatankuasa Biro Sukan & Rekreasi dengan terbina gelanggang bola tampar yang diusahakan bersama oleh AJK. Aktiviti ini juga akan secara tidak langsung akan menggalakkan warga Bristana khususnya golongan lelaki untuk menjadikan aktiviti riadah pada setiap petang. Sambutan yang agak menggalakan sejak hari pertama latihan ini bermula.
Pemain bagi pasukan yang akan menyertai kejohanan ini akan dibahagikan mengikut lorong/jalan masing-masing. Untuk makluman, terdapat 9 jalan utama dalam kawasan Bristana iaitu SP3/1 sehingga SP3/9. Dengan itu 9 pasukan akan menyertai kejohanan ini dan ditambah dengan 1 pasukan dari flat Kristana.
InsyaAllah, semoga kejohanan ini akan berjalan lancar dan semoga aktiviti-aktiviti riadah seperti ini akan berterusan dan mendapat manafaat semua penduduk.